Tuesday, April 23, 2013

Bojan Hodak yakin kutip 3 mata

" Kedatangan kami ke sini ialah
untuk meraih tiga mata pada
pertemuan ini. Meskipun beraksi
di tempat lawan, saya optimis
kita mampu meraih kemenangan
berdasarkan pertemuan pertama
di Kota Bharu sebelum ini.
Bagaimanapun kunjungan
Kelantan ke Maldives tanpa
beberapa tonggak utama yang
terpaksa direhatkan akibat
cedera. Dickson Nwakaeme
antara yang diketepikan kerana
belum pulih sepenuhnya dari
kecederaan. Indra Putra
Mahyuddin turut kita rehatkan
selepas pemain ini beraksi dalam
jadual padat sebelum ini. Selain
itu kita mahu dia berehat
sebaiknya bagi membolehkan
beraksi dengan lebih baik pada
pertemuan dengan T-Team Sabtu
ini," kata Bojan

No comments:

Post a Comment

Komen Sikit